Selepas China, Rusia Pula Mahu Terbitkan Matawang Digital

702

Firma perkhidmatan kewangan Rusia, Sberbank dilaporkan akan melancarkan matawang digital, Sbercoin sejajar dengan peredaran zaman ke arah sistem kewangan digital.

Menurut Pengarah Bahagian Pasaran Transaksi, Sergey Popov, Sberbank telah mengemukakan permohonan rangkaian blockchain bagi Sbercoin kepada Bank Pusat Rusia pada awal tahun ini.

Proses pengesahan kebiasaannya mengambil masa selama 45 hari, membawa jangkaan pelancaran matawang digital tersebut pada Mac tahun ini.

Menurut Popov, pihak bank secara teknikal sebenarnya telah bersedia untuk menerbit dan menjalankan operasi matawang digital. Ini bermakna, Rusia hanya perlu tunggu permohonan diluluskan untuk menerbitkan matawang digital yang patuh pada undang-undang kewangan negara.

Sebelum ini, Popov ada mengumumkan bahawa Sberbank mungkin akan melancarkan stablecoin yang disokong matawang Rusia.

Setelah itu pada November, CEO Sberbank, German Gref memberitahu bahawa mereka akan melancarkan matawang kripto, Sbercoin dengan eksperimen yang akan dijalankan pada 2021.

Rusia bukanlah negara pertama yang turut menceburi dalam dunia matawang digital. China terlebih dahulu telah menjalankan eksperimen ke atas yuan digital dengan rekod transaksi sudah mencecah lebih empat juta!

Manakala, The Bahamas satu-satunya negara pertama yang sudah memiliki matawang digital bank secara rasmi pada Oktober 2020.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat