Shhh! EU Kunci Mulut Keputusan Euro Digital

172

Kesatuan Eropah (EU) lebih selesa berteka-teki apabila menyentuh isu pengenalan matawang digital bank pusat (CBDC), setidak-tidaknya keputusan itu akan diketahui pada awal 2021.

Presiden European Central Bank, Christine Lagarde memberitahu hasil perbincangan bank pusat pada Oktober lalu akan dikongsi pada Januari 2021.

Lagarde juga menjangkakan keputusan itu akan membawa khabar baik, bersetuju dengan pembangunan euro digital.

Namun, mereka tidak merancang untuk menjadi yang pertama dalam perlumbaan CBDC.

Banyak hal yang perlu dipertimbangkan dalam mencapai kesepakatan isu tersebut. Paling utama, European Central Bank (ECB) akan memperhalusi anti-penyelewengan wang dan pembiayaan keganasan selain menfokuskan kepada keselamatan pengguna.

Tidak dinafikan, penubuhan CBDC mengambil masa yang lama untuk melihat sejauh mana teknologi itu mampu menjadi pilihan global berdasarkan ciri-cirinya.

Lihat sahaja Facebook yang mengumumkan penubuhan wang digital Libra pada 2019. Sehingga kini firma itu belum melancarkannya dan masih melakukan pelbagai pembaharuan demi penggunaan yang lebih terjamin.

Begitu juga yuan digital di China yang mengambil masa lima tahun penubuhan sebelum pelancarannya pada tahun ini.

Setakat ini, satu-satunya negara yang berjaya mengeluarkan matawang digital bank pertama dunia ialah Bahamas, “Sand Dollar”.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat