XAU/USD didagangkan sekitar $4,135 setiap auns pada jam 9 pagi Selasa, turun 0.13% sejak pembukaan dagangan sesi Asia.
Pergerakan emas masih berdepan tekanan daripada dolar AS yang lebih kukuh serta hasil Perbendaharaan AS yang tinggi. Namun, tekanan tersebut sedikit diimbangi oleh jangkaan kenaikan kadar Fed pada Oktober yang semakin berkurangan selepas data pekerjaan AS September lebih lemah daripada jangkaan.
Yield AS Kekal Tinggi, Fed Jadi Tumpuan
Hasil bon Perbendaharaan AS 10 tahun meningkat sekitar 7 mata asas kepada 5.349%, paras tertinggi sejak April 2002 sebelum berundur ke sekitar 5.30%. Hasil bon 30 tahun pula sempat mencecah 5.703%, paras tertinggi sejak Mei 2002, sebelum kembali sekitar 5.661%.
Yield yang tinggi meningkatkan daya tarikan aset berpendapatan tetap dan meningkatkan kos peluang memegang emas yang tidak menawarkan hasil.
Pada masa sama, jangkaan kenaikan kadar Fed pada Oktober semakin rendah selepas NFP September mencatat pertambahan pekerjaan yang lebih lemah daripada jangkaan, manakala data dua bulan sebelumnya turut disemak lebih rendah.
Berdasarkan CME FedWatch, pasaran kini meletakkan kebarangkalian sekitar 22.7% untuk kenaikan kadar Fed pada mesyuarat Oktober.
Intraday Outlook
Perhatian pasaran kini beralih kepada minit mesyuarat FOMC September yang dijadualkan pada Rabu. Dokumen tersebut boleh memberikan petunjuk mengenai pandangan pembuat dasar terhadap hala tuju kadar faedah selepas Fed menaikkan kadar pada bulan lalu.
Selagi hasil bon AS dan dolar kekal tinggi, ruang kenaikan emas masih berdepan cabaran. Namun, jika jangkaan kenaikan kadar Fed terus berkurangan, tekanan terhadap emas boleh reda dan membuka ruang untuk pemulihan.
Buat masa ini, XAU/USD masih cuba bertahan sekitar $4,100–$4,150, dengan pasaran menunggu petunjuk baharu daripada Fed sebelum menentukan arah seterusnya.


















































