Asas Kripto: Kenali Ethereum Virtual Machine (EVM) & Kaitannya Dengan Blockchain

512

Kebanyakan artikel Intraday berkaitan kripto, lagi-lagi menyentuh perihal rangkaian terbaharu, pasti ada kewujudan Ethereum Virtual Machine (EVM).

Setakat ini, pastinya anda sudah faham perbezaan antara rangkaian Ethereum dengan koin natifnya, ETH.

Kali ini, kenali pula Ethereum Virtual Machine (EVM).

  • Diperkenalkan oleh pengasas Polkadot, Kusama – Gavin Woods; dan Greg Colvin
  • Merupakan sebuah platform perisian yang membolehkan pembangun memperkenalkan aplikasi desentralisasi (dApps) di Ethereum.
  • Kod yang menghasilkan platform ini terasing daripada rangkaian Ethereum, termasuk sistem fail, atau mana-mana pemprosesan nod.
  • Setiap nod di Ethereum mengaplikasikan EVM untuk memastikan perlaksanaan pematuhan yang sama.
  • EVM juga lengkap dengan Turing – sistem yang membolehkan segala fungsi pengkomputeran dilaksanakan.
  • Ethereum memerlukan EVM untuk membenarkan sesiapa sahaja menjalankan kod dalam ekosistem trustless, misalnya kontrak pintar.
  • Kontrak pintar menggunakan bahasa pengaturcaraan Solidity sebelum ia ditukarkan kepada bytecode
  • Memandangkan ia merupakan sebuah platform yang berbeza dengan Ethereum, EVM juga boleh diaplikasikan di mana-mana rangkaian.

Fungsinya:

  • Untuk mengenalpasti keseluruhan keadaan rangkaian bagi setiap blok di blockchain.

Kelebihannya:

  • Membolehkan pembangun memperkenalkan dApps.
    • Contohnya, non-fungible token (NFT) yang dikuasakan oleh kontrak pintar dan serasi dengan EVM.
    • Pembangun bukan sahaja boleh mencipta NFT tetapi boleh menjual karya mereka dalam pasaran desentralisasi (sehingga tembus pasaran luar negara).
  • Membolehkan penempatan fungsi tambahan dalam ekosistem blockchain.
  • Menawarkan perlindungan dan perlaksanaan kod yang tidak bersumber

Maksud keserasian EVM terhadap mana-mana blockchain dirincikan seperti berikut:

  • Memandangkan mana-mana blockchain boleh menerapkan kod EVM, bermakna apa yang dimiliki oleh Ethereum juga mampu dilaksanakan di rangkaian lain.
  • Disebabkan inilah banyak rangkaian baharu yang memiliki keserasian dengan EVM, sekaligus menjadi pesaing terdekat Etthereum.

Beberapa rangkaian yang serasi dengan EVM termasuklah:

  1. Binance Smart Chain (BSC)
  2. Fantom
  3. Polygon
  4. Avalanche
  5. Cardano
  6. TRON
  7. Telos
  8. Kusama
  9. Cosmos
  10. Velas

Mungkin selepas ini, apabila disebutkan perihal keserasian Ethereum Virtual Machine (EVM) – anda sudah jelas bagaimana kehadirannya dalam mana-mana rangkaian selain Ethereum.

Ringkasnya, EVM diibaratkan satu sumber yang boleh disalin di mana-mana rangkaian yang mahu bersaing dekat Ethereum dengan penambahbaikan terbaru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat