Bukan Biasa-Biasa, Tether Jalin Kerjasama Dengan FBI & Secret Service!

246

“Adakah Tether berganding bahu dengan FBI sebab tak nak ditimpa masalah?”

Tether, pencipta stablecoin USDT popular yang mendedahkan secara terbuka surat dihantar kepada jawatankuasa perundangan utama Amerika Syarikat (AS) telah memeterai perjanjian bersama Perkhidmatan Rahsia dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Surat-surat itu yang ditujukan kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Rumah AS dan Jawatankuasa Perbankan, Perumahan dan Hal Ehwal Bandar Senat AS, jadi di sini dapat dilihat Tether komited untuk memelihara keselamatan.

Di bawah kepimpinan CEO Tether Paolo Ardoino baru dilantik, beliau menghuraikan kaedah digunakan untuk menghalang individu daripada mengeksploitasi USDT, oleh itu ia berjaya membekukan 326 wallet dan mengawal 435 juta USDT.

Bukan itu sahaja, pembekuan wallet baru-baru ini di bawah sekatan daripada Pejabat Kawalan Aset Asing AS (OFAC) turut berlaku apabila Tether membekukan 161 wallet Ethereum (ETH) walaupun 150 pada masa ini tidak mengandungi sebarang USDT.

Ardoino juga berkata Tether mempunyai agensi seperti Jabatan Kehakiman (DOJ), Perkhidmatan Rahsia AS dan sedang berada dalam proses melakukan perkara yang sama dengan FBI.

Langkah itu dibuat sebagai tindak balas pada surat 26 Oktober ditulis oleh Senator Cynthia M.Lummis dan Ahli Kongres J. French Hill kepada Peguam Negara AS Merrick Garland yang mendakwa Binance serta Tether membantu dalam keganasan yang dibiayai melalui kripto.

Mereka turut mendakwa bahawa kedua-dua entiti itu tidak melakukan pemeriksaan mencukupi walaupun sudah mengetahui terdapat kumpulan menggunakan stablecoin untuk pengganas dan tujuan terlarang lain.

Namun, Tether kekal teguh dalam komitmennya untuk menyokong usaha penguatkuasaan undang-undang dan membantu mangsa, jadi pasukannya menyiasat jika terdapat penyalahgunaan USDT atau kripto untuk tujuan haram.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat