Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan

399

Terkini, Bursa Malaysia ditutup tinggi pada tengah hari tadi disebabkan oleh pasaran global menunjukkan saham AS ditutup kukuh semalam.

Purata bagi Perindustrian Dow Jones mencatat rekod tertinggi buat kali kedua berturut-turut pada penutup semalam dengan jangkaan bahawa kadar pinjaman AS akan jatuh tahun depan berikutan ucapan The Fed yang agak ‘dovish’.

Tepat jam 12.30 tengah hari tadi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.76 mata kepada 1,461.02 berbanding 1,456.26 yang dicatatkan pada penutup semalam. FBM KLCI juga dibuka 0.31 mata lebih rendah pada 1,455.95 dan bergerak antara 1,455.69 dan 1,461 sepanjang sesi tadi.

Di pasaran, kaunter yang meraih keuntungan mengatasi kaunter rugi dengan 432 berbanding 368. Manakala, 425 kaunter tidak berubah, 1,113 tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung. Hasil jumlah dagangan berjumlah 2.20 bilion unit yang bernilai RM1.33 bilion.

Menurut Hong Leong Investment Bank, pasaran asia kini bergerak dalam situasi yang agak berbahaya disebabkan oleh ucapan The Fed yang ‘dovish’ dan keadaan ekonomi China yang tidak stabil. Ia menyebabkan pelabur masih menanti-nantikan data perindustrian China, jualan runcit dan angka pengangguran pada hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.05, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.31, CIMB empat sen lebih baik pada RM5.85, Tenaga Nasional susut dua sen kepada RM9.95 dan Petronas Chemicals meningkat lapan sen kepada RM7.23.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 34.15 mata kepada 10,821.82, Indeks FBMT 100 menambah 34.03 mata kepada 10,489.0, Indeks FBM 70 melonjak 46.32 mata kepada 14,442.95, Indeks FBM ACE4 meningkat 14.442.95, FBM ACE4 meningkat 14.14 mata. Indeks Syariah meningkat 37.68 mata kepada 10,942.52.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat