China bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia!

345

Negara China bakal mengambilalih kuasa ekonomi dunia daripada Amerika Syarikat dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Amerika Syarikat telah menjadi kuasa besar ekonomi sejak seabad yang lalu, namun kini, peningkatan mendadak perbelanjaan kepenggunaan di China akan memotong kedudukan tempat teratas pada tahun 2024, menurut laporan IHS Inc.

Perbelanjaan pengguna negara China diramalkan meningkat tiga kali ganda dalam dekad akan datang, meningkat daripada $ 3.5trillion kepada $ 10.5trillion.

Manakala nilai keluaran dalam negara kasar (KDNK) China dijangka akan menembusi angka $ 28.25 trilion di tahun 2024 akan datang. Sementara Amerika Syarikat pula diramal hanya mampu mencatat pertumbuhan KDNK sekitar angka $ 27.31 trilion pada tahun yang sama.

china-economy

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat