Dagangan USD Lemah? Rundingan Dagang AS-China Bersambung Minggu Ini Di Washington

549

Matawang Pound Sterling melonjak pada dagangan Jumaat lalu selepas data jualan runcit yang kukuh telah menyokong sentimen semasa walaupun pelabur masih dibelenggu kegelisahan terhadap keputusan undian Parlimen Brexit yang tidak memihak kepada Perdana Menteri Theresa May.

Secara teknikal, matawang tersebut telah mengalami kejatuhan nilai untuk tiga minggu dagangan berturut-turut. Dengan baki tempoh masa kurang enam minggu lagi sebelum Britain bakal berundur dari Kesatuan Eropah, PM May perlu mencari langkah penyelesaian yang baru bagi meyakinkan Kesatuan Eropah untuk meluluskan konsesi Brexit beliau.

Sementara EURO pula masih didagangkan berisiko dalam pasaran dengan pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah juga masih menunjukkan isyarat yang lemah berdasarkan data-data ekonomi yang dikeluarkan setakat minggu lalu. Susulan itu juga, ahli lembaga bank pusat Eropah menyatakan penggubal undang-undang sedang mempertimbangkan untuk isukan pinjaman murah multi-tahunan kepada bank-bank dalam usaha untuk merancakkan kembali ekonomi di sana.

Matawang dolar US pula menimbulkan kebimbangan para pelabur setelah data jualan runcit di Amerika Syarikat merekodkan penurunan terbesar dalam tempoh hampir satu dekad. Turut menjadi tumpuan adalah perkembangan pada rundingan dagangan antara China dan Amerika Syarikat yang akan bersambung pada minggu ini di Washington.

Dagangan USD pada awal permulaan minggu ini dilihat lemah berikutan laporan perkembangan rundingan dari Amerika Syarikat dan China sepanjang minggu lalu memberikan harapan terhadap pelabur yang mahukan perang dagang antara dua ekonomi gergasi dunia itu berakhir, walaupun White House menyatakan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan.

Sentimen positif tersebut juga memberi kelebihan kepada dolar AUD dan NZD untuk mengukuh pada sesi pasaran Asia pagi ini serta akan melemahkan nilai dagangan Yen. Pelabur yang melihat sentimen pasaran kembali pulih akan beralih ke arah aset yang lebih berisiko dan memberikan pulangan yang tinggi dan ini akan membuatkan permintaan terhadap Aussie dan Kiwi akan meningkat dalam pasaran semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat