EUR/USD Melonjak 120 Pips Sebelum Susut Sekitar $1.0800

183

Data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di awal sesi New York semalam telah mencetuskan penyusutan nilai yang ketara terhadap mata wang US dolar.

Bacaan tahunan indeks harga pengguna (CPI) AS untuk Mei menurun kepada 3.3% berbanding ramalan untuk kekal di paras 3.4%.

Jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) cenderung untuk beralih kepada pelonggaran dasar telah mendorong US dolar alami kerugian yang besar di awal sesi.

Namun situasi berubah selepas mesyuarat FOMC diberi tumpuan pada awal pagi tadi menyaksikan kadar faedah terbaru terus dikekalkan pada 5.50%.

Pengerusi Fed Jerome Powell dilihat mengekalkan nada yang hawkish dalam ucapan susulannya ketika mengulas tindakan penetapan kadar faedah tersebut.

Selepas mesyuarat, US dolar dilihat kembali mengukuh semula untuk mengurangkan kerugian sebelumnya itu.

Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan harian sekitar 120 pips telah berjaya dicatatkan semalam dengan lonjakan kukuh di sesi New York menembusi paras jangkaan pada 1.08000.

Harga mencapai ketinggian 1.08500 kesan reaksi data CPI diterbitkan, namun kembali berundur semula menghampiri zon 1.08000 selepas mesyuarat FOMC berlangsung.

Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Khamis), mendatar di atas zon 1.08000 tersebut.

Sekiranya lonjakan masih ingin diteruskan, harga perlu melepasi paras ketinggian dicapai semalam sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Sasaran adalah untuk menguji semula zon rintangan 1.09000 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu lalu.

Sebaliknya, jika harga ditekan jatuh ke bawah zon 1.08000, berkemungkinan US dolar telah kembali mendominasi pasaran dan harga akan dijangka susut lebih rendah.

Penurunan yang dilanjutkan boleh mencecah semula paras awal minggu sekitar 1.07200 atau menuju zon support pada 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat