EURUSD pasca ‘ECB rate cut’

159

EURUSD kembali didagangkan stabil hari ni selepas mengalami kejatuhan hampir 200 pips pada hari Khamis berikutan keputusan Bank Sentral Eropah (ECB) menurunkan kadar faedah dan menambah rangsangan untuk membantu zon euro keluar dari zon inflasi. EURUSD menokok hampir 18 pips kepada harga 1.2962 ketika pasaran dibuka hari ini. Mesyuarat bank Sentral pada Khamis merupakan faktor Terpenting bagi perdagangan di Eropah selain data pengangguran pekerjaan di Amerika pada Hari Jumaat 5 Ogos 2014.

Pasaran juga turut menumpukan perhatian pada perjanjian gencatan senjata di antara pihak pemisah Ukraine dan tentera Negara tersebut. Perjanjian damai tersebut Sedikit sebanyak mampu memberi sedikit nafas kepada pasaran saham Eropah. Data pengeluaran Jerman pula mengejutkan apabila melebihi jangkaaan dari data bulan Julai. Pengeluaran meningkat sebanyak 1.9% , iaitu peningkatan tertinggi sejak dua tahun lalu. Ini menunjukkan bahawa trend dalam industri Jerman kekal positif walaupun perkembangan geopolitik tidak menentu.

A close-up view of a Euro coin

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat