Fokus utama hari ini adalah kepada kenyataan ECB pada 8:30pm

134

European Central Bank menurut Reuters djangka akan mengekalkan rate pada malam ini namun mereka harus menyenaraikan halangan yang semakin bertambah yang mengancam perkembangan ekonomi dan inflasi.

Antara yang sudah menjadi mimpi ngeri ECB adalah :

  1. Masalah bank Itali
  2. Keputusan UK untuk keluar daripada EU
  3. Kekurangan bon untuk dibeli dalam program pembelian aset

Masalah-masalah ini yang membuatkan Draghi berharap pihak bank menghentikan perangsang yang telah diambil sebelum ini.

Untuk tidak mengambil keputusan terburu-buru, Mario Draghi dilihat hanya akan mengeluarkan kenyataan yang berkaitan, memberitahu risiko yang semakin meningkat dan perubahan perlu dilakukan secepat yang mungkin dan September adalah bulan yang sangat sesuai apabila bank mengeluarkan ramalan ekonomi yang baru.

Kemungkinan besar kenyataan daripada Mario Draghi pada malam ini bernada dovish untuk menyuarakan persediaan untuk bertindak tanpa melaksanakannya buat masa ini.

ECB akan mengumumkan keputusan rate malam ini pukul 8:30 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat