Inflasi Australia Cipta Kejutan, Bakal Gegar Pendirian RBA

483

Bacaan terbaru data inflasi Australia sekali lagi bakal menggoyahkan pendirian dovish Bank Pusat Australia (RBA) untuk bertindak mengubah dasar monetarinya.

Menurut laporan terbaru daripada Biro Statistik Australia (ABS), indeks harga pengguna (CPI) meningkat 1.3% pada suku keempat dan 3.5% secara tahunan melebihi jangkaaan untuk kenaikan 3.2%.

Kadar tahunan meningkat kepada 2.6%, jauh lebih baik dari jangkaan 2.3% dan berada di pertengahan sasaran RBA antara 2% hingga 3%.

Antara penyumbang utama kepada lonjakan ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga bahan api, isu rantaian bekalan global, kekurangan bahan dan peningkatan permintaan menjelang cuti Krismas.

Angka yang dicatatkan ini pastinya akan mengejutkan bank pusat yang sebelum ini mengatakan bahawa inflasi teras tidak mungkin dapat mencapai 2.5% sehingga akhir 2023, yang menjadi sebab utama untuk mereka tidak menaikkan kadar faedah tahun ini.

Dengan bacaan terbaharu ini, ia boleh menggoncang pendirian RBA menjelang pertemuan polisi pada minggu hadapan (1 Februari).

Terdahulu, RBA mengatakan mesyuarat polisi edisi Februari akan menjadi penentu sama ada mereka akan mengurangkan atau menamatkan program pembelian bon.

Reaksi awal daripada data inflasi ini telah memberi dorongan buat dagangan dolar Aussie untuk kembali meningkat selepas mencatat kejatuhan pada awal minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat