Ini Amaran Pembuat Dasar BOJ Terhadap Ketidaktentuan Ekonomi Jepun

437

Pembuat dasar Bank Pusat Jepun (BOJ) memberi amaran dalam ucapannya hari ini bahawa ekonomi masih dalam keadaan teruk dan prospek sangat tidak menentu dengan risiko cenderung ke arah penurunan.

Toyoaki Nakamura yang berucap semasa pertemuan maya dengan pemimpin perniagaan tempatan di Miyazaki Prefecture, juga memberitahu bahawa kebangkitan semula kes coronavirus boleh menyebabkan perlambatan dalam peningkatan permintaan.

Namun begitu, beliau menjangkakan bahawa aktiviti ekonomi akan pulih apabila kesan daripada pandemik Covid-19 kembali mereda, dengan peningkatan pertumbuhan dari permintaan global yang kuat dan pemulihan perbelanjaan modal.

Dalam pada itu, beliau juga mengatakan inflasi cenderung meningkat secara beransur-ansur ketika ekonomi pulih.

Ketika lebih banyak negara di Asia Tenggara memasuki sekatan yang lebih ketat, dunia kini berdepan dengan cabaran kekurangan cip semikonduktor yang menyebabkan kekangan bekalan dan menjadi risiko utama global.

Nakamura mengatakan masalah ini mungkin akan berterusan sehingga akhir tahun ini sekiranya wabak coronavirus tidak dapat dibendung, yang menyebabkan banyak kilang-kilang di Asia Tenggara terus ditutup.

Pembuat kereta di seluruh dunia telah mengurangkan pengeluaran kerana masalah kekurangan cip. Kebangkitan semula kes Covid-19 di Jepun, Filipina, Thailand, Vietnam dan Malaysia telah menyebabkan pengurangan yang lebih besar dan memburukkan lagi krisis.

Gangguan dalam output boleh merugikan eksport, yang menjadi pendorong utama pemulihan ekonomi Jepun, dan menimbulkan keraguan terhadap unjuran BOJ bahawa ekonomi ketiga terbesar di dunia akan bertambah baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat