Kepada Kaum Lelaki, Artikel Ini Amat Disukai Oleh Para Isteri. Bersiap Sedia Dengan Bekalan Duit Anda.

2,227

Bagi anda yang gemar membeli semasa harga jualan yang murah, mungkin pusat membeli-belah ternama di Malaysia iaitu Parkson cawangan Suria KLCC adalah tempat terbaik untuk anda sehingga 17 Februari 2019 ini.

Kumpulan Parkson dikhabarkan bakal menutup cawangannya di Suria KLCC. Dalam satu kenyataan di Facebook ada menyatakan bahawa Parkson Suria KLCC sedang menjalankan Moving Out Sale sehingga tarikh yang dinyatakan di atas.

Untuk makluman umum, Parkson merupakan salah satu penyewa terawal di Suria KLCC dan dibuka pada 1998 dengan menyewa tiga tingkat bersaiz 126,000 kaki persegi keseluruhannya.

Tambahan lagi, syarikat itu juga telah menutup cawangan di Maju Junction Mall yang terletak di persimpangan jalan Sultan Ismail-Jalan Tunku Abdul Rahman dan cawangan Plaza Sungei Wang yang dibuka sejak 1987 yang lalu.

Jurucakap dari syarikat ini berkata penutupan cawangan-cawangan mereka perlu dibuat kerana perubahan gaya perbelanjaan pengguna kini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat