Minyak Mentah Menuju Minggu Terburuk Sejak November

2,053

Dagangan minyak mentah menuju kejatuhan mingguan terbesarnya sejak November selepas menyaksikan ketidaktentuan dalam pasaran berikutan sekatan terhadap minyak Rusia dan usaha pemulihan bekalan daripada pengeluar utama lain.

Setelah mencapai paras tertinggi 14 tahun pada awal minggu ini disebabkan pengumuman Amerika Syarikat untuk mengharamkan import minyak Rusia, harga minyak mentah berubah secara mendadak ekoran tanda-tanda bahawa Eropah tidak akan menyertai sekutunya untuk berbuat sedemikian.

Malah, kenyataan daripada Iran, Venezuela dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengenai kemungkinan penambahan bekalan turut membantu mengurangkan kehangatan dalam lonjakan harga minyak mentah.

Bagaimanapun, penganalisis memeri amaran bahawa ahli OPEC+ lain tidak mungkin dapat mengisi jurang bekalan daripada sekatan terhadap Rusia yang merupakan pengeksport kedua terbesar dan membekalkan kira-kira 3 juta tong sehari minyak mentah kepada negara-negara OECD Eropah.

Menuju pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent stabil pada sekitar harga $109 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula sedikit berubah padda $106 setong.

Penanda aras minyak mentah Brent telah meningkat menyentuh harga $138 setong pada Isnin dan WTI Amerika Syarikat pula melonjak tinggi sehingga $129 setong pada Selasa.

Dalam pada itu, ketidakpastian dalam krisis geopolitik menyebabkan pasaran kekal tidak menentu menjelang hujung minggu selepas rundingan Rusia-Ukraine gagal menemui jalan penyelesaian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat