Parah! Bank UK Enggan Lagi Tolong Syarikat Kripto!

302

“Lepas pelbagai krisis yang berlaku dalam pasaran kripto beberapa tahun ni, bank dah jadi makin takut nak bekerjasama.”

Krisis perbankan telah menjadi sebab kebanyakan syarikat mata wang kripto di United Kingdom (UK) berada dalam keadaan sukar untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan apabila permohonan mereka asyik ditolak dan akaun bank dibekukan.

Malah, isu perbankan di UK semakin teruk sehingga beberapa syarikat telah membuat aduan kepada kerajaan sementara bank tempatan pula menentang objektif Perdana Menteri Rishi Sunak yang berhasrat tubuhkan negara itu sebagai hab aset digital.

Menurut Edouard Daunizeau, pengasas SavingBlocks berkata bahawa beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akaun bank syarikat beliau yang menawarkan pelbagai portfolio untuk para pelabur pasif.

Tambahnya lagi, beliau telah memohon kepada sembilan pemberi pinjaman untuk memperoleh akaun bank dan dua bank menerima penawaran tersebut, tetapi malangnya ia terlalu kompleks susulan perlukan dokumentasi tambahan dan butiran berkenaan cara pemantauan transaksi pelanggan.

Selain itu, Joe David, pengasas syarikat perakaunan dan perkhidmatan profesional memfokuskan kripto Nephos Group mendedahkan platform pemindahan wang Wise Plc membekukan akaun syarikatnya lebih tiga bulan atas alasan pelanggaran terma serta syarat.

Platform tersebut bukan sahaja enggan menyokong syarikat terlibat dalam kripto malah membekukan akaun pelanggan yang didapati terkait dengan aktiviti sedemikian.

Manakala bank-bank besar seperti HSBC Holdings dan NatWest Group pula telah mengehadkan jumlah wang pelanggan yang boleh berpindah ke syarikat exchanger kripto, ulas David sambil menambah bank punca kripto musnah dan bukan sebaliknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat