Ringgit Tergelincir Berbanding USD, Kukuh Berbanding Mata Wang Lain

69

Ringgit dibuka rendah di sebalik pengukuhan mata wang dolar AS walaupun ia meningkat berbanding mata wang utama dunia lain.

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7190 berbanding USD daripada penutup Isnin pada 4.7120.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam Rashid berkata pilihan raya di Perancis dan United Kingdom (UK) nampaknya telah memberikan rangsangan kepada mata wang AS.

Dilaporkan UK akan mengadakan pilihan raya pada Khamis ini dan pusingan kedua pilihan raya parlimen Perancis akan diadakan pada Julai.

Katanya lagi, Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan ISM AS jatuh kepada 48.5 mata pada Jun lebih rendah daripada anggaran konsensus 49.2 mata dan Indeks Dolar AS (DXY) terus disokong dengan baik.

Pilihan raya presiden AS pada November dilihat kekal menjadi perhatian tinggi pasaran berikutan debat presiden antara Joe Biden dan Donald Trump pada Jumaat lepas.

Sehubungan itu, ringgit kekalkan julat ketatnya berbanding dolar AS sekitar RM4.71 sepanjang hari ini.

Sementara itu, ringgit lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 2.9216/2.9246 daripada 2.9254/2.9278 pada penutup Isnin, meningkat berbanding pound British kepada 5.9653/5.9710 daripada 5.9706/5.9750 semalam dan bertambah baik berbanding euro kepada 5.06768.5 daripada 5.0682/5.0720.

Sebaliknya, prestasi ringgit bercampur-campur berbanding rakan serantau Asean.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4750/3.4785 daripada 3.4772/3.4801 pada penutup semalam dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8300/12.8464 daripada 12.8329/12.8481 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia susut berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04 pada penutup Isnin dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 289.1/289.5 daripada 288.7/289.0. – Bernama

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat