Rupanya Pengasas Cardano (ADA) Tak Suka CBDC! Ini Penjelasannya

508

Ketika banyak negara sudah mula menunjukkan minat untuk mengkaji dan hasilkan mata wang digital bank pusat (CBDC), pengasas Cardano – Charles Hoskinson mendedahkan kewujudan aset digital itu merupakan satu idea buruk.

Manakan tidak, penerbitan CBDC oleh kerajaan sebenarnya memberi impak negatif di samping mahu bersaing dengan kebolehan mata wang kripto dari aspek: keefisienan dan kos.

Sedia maklum, CBDC dikawal oleh bank pusat dan perkara ini menjadi isu kerana tiada kepentingan privasi serta kawalan.

Malah, ada juga berpendapat inilah satu-satunya cara untuk kerajaan memantau dan menghadkan transaksi dalam usaha pencegahan penggubahan wang haram, pembiayaan keganasan, dan lebih sukar untuk pengguna yang mahu membuat sumbangan kebajikan.

Dalam satu video podcast milik Joe Rogan yang dikongsi Hoskinson baru-baru ini, jemputan – Maajid Nawaz menekankan CBDC akan diprogramkan mengikut kehendak kerajaan.

Misalnya, Bank of England telah mengeluarkan arahan kepada menteri-menteri untuk tentukan keterhadan penggunaan CBDC yang mana mungkin tidak boleh digunakan untuk jenis makanan dan perkhidmatan tertertentu.

Nawaz juga membuat perbandingan antara CBDC dengan vaucar yang boleh digunakan jika mendapat kebenaran kerajaan, dan sistem yang setara dengan sistem kredit sosial China.

Di sini beliau menekankan risiko CBDC ketika kerajaan menjadi tidak terkawal dalam mengawal segala perkara kerana keistimewaan mata wang kripto yang bersifat desentralisasi.

Setakat ini, beberapa buah negara sudah pun memiliki dan menguji CBDC-nya: The Bahamas, Brazil, China, Rusia, dan Korea Selatan.

Adakah kehadiran CBDC wajar dibimbangkan atau diraikan?

“CBDC bukan kripto. Ia adalah alat pantauan pihak kerajaan. Kripto tawarkan kebebasan, bukan memusnahkan.” – Tom Emmer, Ahli Kongres Otsego, Minnesota.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat