Brazil Akan Uji CBDC Pada 2022!

165

Sebuah lagi negara yang akan mengikut jejak langkah China dan Bahamas, Brazil mahu melancarkan pengujian matawang digital bank pusat (CBDC) pada 2022.

Khabar mengujakan itu diumumkan sendiri oleh presiden bank pusat Brazil (BCB), Roberto Campos Neto.

Manakala pelancaran CBDC pula dijangka berlaku pada 2024, seperti yang diramal penasihat ekonomi BCB.

Bagaimanapun, pelancaran CBDC wajar selari dengan penerbitan undang-undang bersesuaian.

Justeru, bank pusat turut mengadakan perbincangan berkaitan rang undang-undang, bersesuaian dengan matawang digital sebagai aset pelaburan.

Pada masa yang sama, Campos Neto memberitahu pembelian aset kripto di negara itu telah menunjukkan kesan positif dalam jumlah import Brazil.

Berdasarkan rekod BCB, rakyat Brazil telah membuat pembelian aset kripto bernilai $4.27 bilion sepanjang 2021.

Ini bermakna setakat Ogos, mereka memiliki kira-kira kekayaan bernilai $40 bilion dalam matawang kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat