Shiba Inu (SHIB) Bakal Atasi Dogecoin (DOGE)?

3,776

Selepas mencecah ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $0.00004442 pada malam tadi, Shiba Inu menjadi taruhan aset yang bakal mencantas Dogecoin (DOGE) dalam masa terdekat.

Prestasi SHIB membuktikan aset ini mampu membuat peningkatan sehingga 59% dalam 24 jam dan 240% dalam seminggu. Ketika penulisan, SHIB didagangkan pada $0.00003904.

3 faktor yang boleh diberi perhatian terhadap lonjakan SHIB:

  • Ada whale yang membeli sejumlah besar 6.2 trilion SHIB bernilai $44 juta.
  • Populariti NFT Shiboshi yang mendorong kepada peningkatan kos gas.
  • Permainan berasaskan Shibarium dan Shiboshi yang bakal dilancarkan.
  • Venezuala merupakan salah satu negara yang menyaksikan penerimaan SHIB sebagai medium pembayaran.

Sepanjang bulan ini, dapat dilihat prestasi SHIB telah melangkaui DOGE, meningkat sebanyak 514.80% dari harga $0.000007225 sehingga menyentuh paras ATH terbaru. Tidak cukup dengan itu, jumlah dagangan harian SHIB meningkat lebih 815% pada 24 Oktober.

Segelintir penganalisis kripto yakin SHIB akan mengatasi prestasi DOGE, jika bukan sekarang mungkin pada masa akan datang.

Manakan tidak, pada awal September DOGE mencatatkan nilai dagangan $0.2073 dan didagangkan pada $0.2706 ketika artikel ini ditulis. Pertumbuhan DOGE sepanjang 30 hari meningkat cuma 25% dan jumlah dagangan harian pula melonjak cuma 82%, sedikit suram jika dibandingkan dengan prestasi SHIB.

Buat masa sekarang, masih belum ada khabar berita berkaitan perkembangan rangkaian Dogecoin. Namun twit balas terbaru pengasas Tesla, Elon Musk pada hari ini telah menghantar DOGE ke paras harga yang kukuh: “It felt like the people’s crypto”

Manakala apabila ditanya sama ada Musk memiliki SHIB atau pun tidak, figura itu menjawab, “Tiada”, hingga mengundang penyusutan harga aset itu sehingga 20%.

Bagaimana pula dengan ramalan anda? Mampukah SHIB mengatasi DOGE?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat