Tergamak! UAE Pentingkan Diri, Tikam Belakang Palestin!

1,601

Turki nampaknya tidak berpuas hati dengan tindakan hipokrit Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bersetuju untuk berdamai dengan Israel pada hari ini.

Kementerian Luar Negeri menegaskan bahawa penduduk dan pentadbiran Palestin berhak untuk menentang perjanjian tersebut termasuk membentang semula susunan politik Timur Tengah bermula daripada isu Palestin hingga peperangan di Iran.

Kekecewaan Turki bermula dengan rundingan pendamaian antara pemerintah Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bersama pemerintah Israel, Benjamin Netanyahu dan pemerintah UAE, Putera Raja Mohammed bin Zayed.

Persetujuan dua negara akhirnya diumumkan secara rasmi menerusi akaun Twitter Trump, menyebut pendamaian itu sebagai ‘kejayaan hubungan diplomatik yang bersejarah’.

Perjanjian tersebut dikenali sebagai Perjanjian Abraham, satu figura yang sinonim sebagai ‘Bapa Tiga Agama’. Kepercayaan Kristian dikenali sebagai ‘Abraham’, ‘Ibrahim’ bagi Muslim dan ‘Avraham’ untuk Yahudi.

Momen tersebut tidak akan dilupakan oleh peradaban manusia memandangkan UAE tergamak menikam belakang rakyat Palestin untuk kepentingan negara sendiri, menganggap satu sokongan perjuangan kepada Palestin dengan mengabaikan Arab Peace Plan yang dikemukan oleh Arab League.

Turki memiliki hubungan diplomatik dan perdagangan bersama Israel, namun semakin keruh dimakan masa. Pada 2010, barisan ketenteraan Israel telah membunuh 10 aktivis Turki, diketuai oleh gerakan Palestin Hamas yang cuba untuk menceroboh sekatan di Semenanjung Gaza.

UAE menjadi negara Arab ketiga yang menjalin hubungan penuh bersama Israel, selepas Mesir pada 1979 dan Jordan pada 1994.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat