USD Nak Turun Ke Naik?

537

US dolar didagangkan bercampur-campur pada sesi Eropah, menyaksikannya susut rendah berbanding mata wang Eropah tetapi meningkat berbanding mata wang komoditi dan yen.

Ketidaktentuan ini berlaku ketika pelabur bersiap sedia menjelang penutupan dagangan untuk bulan Februari.

Greenback kini berada di landasan untuk mencatat keuntungan bulanan pertamanya dalam tempoh empat bulan dengan kenaikan sekitar 2.5%.

Antara mata wang yang paling ketara meningkat adalah pound yang meneruskan kenaikannya lebih tinggi di tengah-tengah perkembangan positif mengenai perjanjian dagang pasca Brexit.

UK dan Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan telah  meminda perjanjian Protokol Ireland Utara dan bersetuju dengan ‘rangka kerja Windsor’ baharu.

Selain itu, mata wang euro turut memaparkan peningkatan dengan memanfaatkan penyusutan US dolar pada awal dagangan sesi Eropah.

Pun begitu, dagangan mata wang komoditi, dolar Aussie, New Zealand dan Kanada gagal mempamerkan kenaikan, sebaliknya kekal terperuk pada sekitar paras terendah berbanding USD.

Buat pelabur dolar loonie, terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Kanada pada sesi New York akan datang bakal menjadi penggerak seterusnya kepada mata wang itu.

Dalam pada itu, yen kecundang lebih jauh ke paras terendah baharu 2 bulan berbanding US dolar di tengah-tengah ketidaktentuan tentang pendirian calon gabenor Bank of Japan (BOJ) dalam dasar monetarinya.

Nak belajar trade forex bersama Team INTRADAY? Jom sertai program mentoring Hustle 24 Hour kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat