USD Terus Mengganas, Benam Yen Ke Paras Terendah Sejak 1986!

203
  • USD kukuh ke paras tertinggi 38 tahun berbanding Yen
  • Data GDP dan PCE jadi tumpuan untuk menilai pergerakan USD
  • Pasaran berisiko hampiri penutup suku kedua 2024

US dolar melanjutkan pengukuhan lebih bertenaga pada dagangan Rabu semalam selepas pulih semula dari penyusutan sementara di pembukaan awal minggu.

Pandangan ahli-ahli Federal Reserve (Fed) yang dilihat mengekalkan nada hawkish memberi sokongan untuk US dolar meneruskan rentak pengukuhan sebelum menutup dagangan penghujung Jun ini.

US dolar telah melonjak ke paras tertinggi 38 tahun berbanding Yen melepasi paras harga puncak pada tahun 1990 dahulu.

Pelabur mula berwaspada dengan jangkaan pihak kerajaan dan bank pusat Jepun berkemungkinan akan bertindak untuk campur tangan dalam pasaran untuk memulihkan mata wang Yen.

Diplomat tertinggi mata wang Jepun, Masato Kanda berkata pihak berkuasa memandang serius dan berjaga-jaga dengan situasi kejatuhan drastik nilai Yen dalam pasaran.

Yen susut ke paras terendah sejak 1986 berbanding US dolar dan amaran kejatuhan berterusan boleh berlaku ekoran US dolar cenderung untuk melanjutkan pengukuhan dan akan terus memberi tekanan.

Tumpuan pada hari ini akan terarah kepada data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku pertama 2024.

Ini adalah bacaan terakhir atau versi ketiga setelah 2 kali bacaan telah dikeluarkan pada April dan Mei lalu. Perbezaan angka yang ketara akan memberi impak lebih besar terhadap US dolar.

Seterusnya, tumpuan akan terarah pula kepada data komponen inflasi yang akan diterbitkan pada Jumaat, iaitu indeks harga PCE AS yang mengukur perbelanjaan peribadi pengguna.

Ini akan menjadi indikator penting untuk penutup suku tahun kedua dan akan mencorakkan pergerakan pasaran pada pembukaan awal Julai nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat