Waduhhh! Kenapa SEC Tiba-Tiba Saman Silvergate Bank Pula?

190

“Suka saman menyaman la SEC ni, bila diaorang nak stop eh?”

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) memfailkan saman terhadap Silvergate Bank atas kesalahan penipuan sekuriti susulan gagal memenuhi keperluan undang-undang tertentu termasuk peruntukan dalam Akta Rahsia Bank serta peraturan anti pengubahan wang haram.

Selain memfailkan tindakan terhadap bank mesra kripto itu dan bekas eksekutifnya bagi peristiwa yang membawa pada kejatuhannya pada tahun 2023, SEC turut menandakan aktiviti Silvergate Bank termasuk ketidakpatuhan terhadap peraturan kripto.

Bukan itu sahaja, SEC turut mendedahkan Silvergate gagal mengesan pemindahan bernilai $9 bilion FTX, di mana pemeriksa daripada Akta Kerahsiaan Bank mengesan tindakan bank tersebut tetapi mendakwa tiada risiko pada masa itu.

Jadi di sini dapat dilihat bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Silvergate Alan Lane, bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Silvergate Kathleen Fraher dan lain-lain turut disaman susulan tidak memantau aktiviti yang mencurigakan.

Melalui keputusan berbilang peperiksaan Silvergate oleh Federal Reserve (Fed) dan Bank Federal Reserve San Francisco (FRBSF), Lane serta Fraher sepatutnya mengetahui bahawa terdapat kekurangan kritikal dalam pematuhan BSA/AML Bank program.

Susulan daripada dakwaan pelanggaran dan salah nyata kepada pelanggan, Silvergate akan membayar $63 juta dengan $43 juta denda kepada Fed dan $20 juta kepada pegawai selia negeri.

Sungguhpun Fraher dan Lane bersetuju membayar denda dan larangan lima tahun daripada bertindak sebagai pegawai firma awam, bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Antonio Martino menafikan dakwan itu sekeras-kerasnya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat