3 Kripto Ini Terjerat Disebabkan Robinhood & Celsius!

225

“Harapnya kripto dapat bertahan walaupun mengalami pelbagai tekanan.”

Berita paling dinanti-nantikan, Robinhood bakal menjual mata wang kripto Cardano (ADA), Solana (SOL) dan Polygon (MATIC) pada 27 Jun 2023 manakala Celsius akan mencairkan pegangan aset digital tersebut mulai 1 Julai 2023.

Umum mengetahui Robinhood bukan sahaja memberhentikan 7% daripada tenaga kerjanya iaitu sekitar 150 pekerja susulan volum dagangan berkurangan malah menyelaraskan pasukan dengan lebih baik.

Tindakan Robinhood yang ingin menamatkan sokongan untuk ketiga-tiga aset digital itu telah datang selepas Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) mengenakan tuntutan mahkamah terhadap Binance dan Coinbase.

Rentetan itu, para pengguna Robinhood telah menjual separuh daripada pegangan mereka sepanjang dua minggu lepas susulan platform dagangan itu dianggarkan akan jual MATIC bernilai $15 juta, SOL $25 juta dan ADA $30 juta.

Menerusi pemerhatian, Celsius memegang SOL bernilai $2.5 juta, ADA $26 juta serta MATIC $60 juta dan prestasinya semakin menurun sejak pengumuman Robinhood dan Celsius pada awal bulan ini.

Robinhood terus menghadapi masalah disebabkan penurunan dalam pengguna aktif bulanan dan hasilnya sementara kejatuhan dalam volum dagangan termasuk tekanan kawal selia turut menjadi sebab platform dagangan itu terkesan.

Sehingga berita ini ditulis, harga ADA menjunam sebanyak 2.83% pada paras $0.28 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $25 bilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan sekitar 9.32% sepanjang minggu lepas.

Manakala SOL pula tergelincir sekitar 2.00% pada paras $16.60 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan volum dagangan $276 juta dan MATIC turun 0.54% pada $0.66 namun raih 9.23% dalam masa tujuh hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat