Adakah XRP Bakal Ikut Pergerakan ‘Bull Run’ BTC Pada Disember?

895

“Mesti semua pemegang XRP mengharapkan harganya akan naik tinggi pada bulan ni kan?”

Ramai penganalisis berpandangan musim kenaikan altcoin akan berlaku disebabkan pendakian harga Bitcoin (BTC) baru-baru ini yang tercetus, jadi persoalannya sekarang adakah Ripple (XRP) mampu mengikuti pergerakan bull run BTC pada bulan ini?

Oleh demikian, terdapat pelbagai faktor perlu dipertimbangkan dan dari segi pasaran derivatif, open interest XRP telah mencanak sepanjang beberapa hari lalu menunjukkan kemungkinan turun naik yang dipertingkatkan pada masa hadapan.

Bukan itu sahaja, seluruh pasaran mata wang kripto mampu memberi reaksi semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang berlangsung pada 13 Disember 2023 di mana Federal Reserve (Fed) akan menentukan sama ada ingin menaikkan kadar faedah atau tidak.

Namun, Fed mungkin akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah, jadi inilah mungkin sebabnya aset berisiko seperti kripto semakin meningkat susulan daripada pelabur yang tidak terpengaruh dengan mesyuarat FOMC nanti.

Suka dimaklumkan terdapat pendorong kecil yang mampu memacu harga XRP ke atas, misalnya jika XRP mengumumkan perkongsian menarik atau mengeluarkan kemas kini utama produknya yang dapat memberi kesan positif pada harganya.

Selain itu, sebarang perkembangan positif terhadap kes berterusan antara Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) juga merupakan pemangkin untuk harga XRP naik tinggi ditambah pula terdapat spekulasi tentang potensi IPO XRP.

Pada dasarnya, terdapat berbilang khusus projek yang boleh meningkatkan harga XRP apabila memasuki bulan terakhir 2023.

Setakat penulisan ini, harga XRP yang melonjak sehingga $0.64 sebelum jatuh semula ke $0.58 kini bangkit semula untuk didagangkan pada paras $0.61 dengan modal pasaran $33 bilion kemudian merekodkan pendakian 2.56% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat