Alibaba Disaman AS$2.75 Bilion!

393

Syarikat peruncitan dalam talian terbesar dunia, Alibaba disaman sebanyak AS$2.75 bilion.

Pihak berkuasa China mendakwa syarikat gergasi berkenaan telah menyalahgunakan kedudukannya untuk memonopoli pasaran selama beberapa tahun.

Jelas pihak berkuasa tempatan, Alibaba menyekat persaingan dengan menghalang beberapa penjual menggunakan platform Internet lain.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Alibaba, syarikat tersebut akan menerima keputusan berkenaan dan akan mematuhinya.

Para penganalisis ekonomi menyatakan denda itu menunjukkan bahawa langkah tegas China terhadap syarikat platform Internet yang disifatkan terlalu berkuasa.

Alibaba merupakan syarikat gergasi terbesar di China dan dikenali sebagai Amazon China. Aktiviti utama syarikat terbabit adalah peruncitan tetapi telah memperluaskan perkhidmatannya kepada pembayaran digital, pembayaran kredit dan pengkomputeran awan.

Nilai denda itu meliputi kira-kira 4% daripada pendapatan Alibaba pada 2019.

Itu merupakan tindakan terbaharu yang dikenakan terhadap syarikat diasaskan oleh Jack Ma. Beliau sebelum ini mengkritik tindakan kerajaan China yang menyekat inovasi firma-firma negara itu.

Hukuman denda berkenaan turut meresahkan syarikat teknologi gergasi China yang lain.

Bulan lalu, sebanyak 12 syarikat seperti Tencent, Baidu, Didi Chuxing dan Softbank didenda kerana melanggar peraturan anti-monopoli.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat