Apa Pasal Justin Sun Angkut 6,800 Kripto Ini Ke Binance?

188

“Mungkin adalah sebab Justin Sun bertindak sebegitu.”

Pengasas rangkaian Tron (TRX) Justin Sun dilaporkan memindahkan token MakerDAO (MKR) bernilai $4.3 juta ke bursa gergasi mata wang kripto Binance pada hari Selasa semalam, di mana beliau dikhabarkan ingin menjual aset digital itu.

Menerusi pemerhatian, wallet dipautkan kepada Sun telah menghantar sebanyak 6,802 MKR ke akaun Binance melalui wallet intermediary*.

*Wallet perantara antara pemegang kripto dan dana di blockchain

Pemindahan tersebut telah berlaku semasa MakerDAO menjalani rombakan secara besar-besaran terhadap struktur tadbir urus yang merupakan satu proses dipanggil Endgame.

Diterajui oleh pengasas protokol Rune Christensen, pasukannya yang berhasrat mengeluarkan token sendiri, menaik taraf dan menamakan semula DAI serta MKR telah memecahkan organisasi autonomi decentralized (DAO) kepada entiti tadbir urus sendiri lebih kecil digelar SubDAO.

Walaupun diluluskan oleh undi tadbir urus, pelan Endgame itu turut mencetuskan tindak balas di kalangan ahli komuniti dalam protokol tersebut apabila sebilangan besar perwakilan dan pembangun meletak jawatan daripada peranan mereka sejak beberapa bulan lalu.

Secara konteks, pasaran spot MKR yang tidak cair membawa makna bahawa harga mampu mengalami tekanan jualan secara ketara, misalnya aset digital tersebut boleh tergelincir 2% jika jual 525 MKR pada pasangan MKR/USDT di Binance.

Umum mengetahui MKR yang kini berlegar pada paras harga $631 adalah token tadbir urus MakerDAO, iaitu salah satu daripada protokol kewangan decentralized (DeFi) terbesar dan pengeluar stablecoin DAI $4.7 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat