Boom! Kenapa Token FET Tiba-Tiba Meletup 360%?

476

“Siapa yang beli token FET mesti gembira sakan, ada ke dah merasa profit atau masih hold lagi?”

Sejak 2023, mata wang kripto FET diasaskan Fetch.AI melihat pendakian 360% apabila harganya akhirnya berjaya menggunung daripada $0.6 kepada paras tertinggi sepanjang masanya $2.84 yang sebahagiannya didorong oleh kemas kini v0.17 pada awal Februari 2024.

Diperjelaskan, kenaikan terbaharu harga FET mula-mula didorong oleh seluruh pasaran kripto yang bullish, tetapi kemudiannya tercetus disebabkan Fetch.AI yang mendapatkan GPU termaju susulan pelaburan infrastruktur $100 juta.

Fetch.AI ialah projek artificial intelligence (AI) kripto berasaskan Cosmos yang rancang melabur $100 juta dalam inisiatif infrastruktur dikenali sebagai Fetch Compute untuk tingkatkan sumber, kapasiti pengiraan dan peluang latihan kepada pembangun sambil tawarkan kredit GPU bagi pengguna.

Menurut pengumuman rasmi, Fetch Compute akan menyepadukan GPU Nvidia H200, H100 dan A100 untuk mewujudkan platform boleh diakses oleh pembangun ataupun pengguna bagi keperluan pengiraan.

Suka dimaklumkan gergasi kejuruteraan multinasional Jerman Bosch memeterai perjanjian bersama Fetch.AI untuk memperkenalkan aset baharu yang memberi tumpuan pada memacu penggunaan industri ejen software, AI dan teknologi Web3 tahun lepas.

Entiti baharu tersebut dipanggil Fetch AI Foundation akan mengutamakan usaha penyelidikan, pembangunan dan mempromosikan aplikasi praktikal termasuk penggunaan ejen merentasi pelbagai sektor.

Bukan itu sahaja, derivatif kripto dan platform copy trading Bitget pula menjanjikan $10 juta untuk pembangunan ekosistem Fetch.AI dan pada masa sama mengumumkan hasratnya menawarkan pelbagai perkhidmatan pada makmal AI termasuk perundingan pemasaran serta arahan strategik.

Setakat penulisan ini, harga FET yang didagangkan pada paras $2.48 telah menjunam sedikit 5.55% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $2 bilion tetapi tetap merekodkan lonjakan 57.70% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat