BTC Kembali Mengganas! Berjaya Tembus Paras $26K Di Tengah-Tengah Kekhuatiran Pasaran

352

Bitcoin (BTC), harga aset terbesar di dunia melonjak sebanyak 18% sepanjang 24 jam yang lalu untuk memecahkan paras harga $26k. Lonjakan ini berlaku selepas inflasi Februari kelihatan semakin reda. Bagaimanapun, kadar Inflasi meningkat pada bulan Februari tetapi sejajar dengan jangkaan.

Berdasarkan laporan terbaru, ndeks Harga Pengguna (CPI) melonjak sebanyak 0.4% untuk bulan itu mengekalkan kadar inflasi tahunan pada 6%. Ini memberikan input utama sama ada Rizab Persekutuan akan terus menaikkan kadar faedah atau tidak. Data terkini ini hadir tepat seperti yang dianggarkan oleh Dow Jones.

Kadar CPI teras melonjak sebanyak 0.5% untuk bulan Februari kepada 5.5% pada asas 12 bulanan. Sementara itu, bacaan bulanannya direkodkan lebih tinggi sedikit daripada 0.4% yang dijangka meningkat.

Pasaran kripto bertindak balas secara positif apabila Bticoin memecahkan paras harga penting $26K. Bitcoin didagangkan pada harga purata $26,434, sebelum susut sikit kepada $26,106.05. Jumlah dagangan 24 jam BTC melonjak sebanyak 30% kepada $53 bilion.

Manakala harga Ethereum melonjak sebanyak 10% di tengah-tengah keluaran CPI baru-baru ini. ETH didagangkan pada harga purata $1,744 semasa penulisan.

Data daripada Coinglass mendedahkan bahawa lonjakan itu menyebabkan $120 juta dicairkan dalam masa sejam yang lalu sahaja. Bahagian utama adalah melalui short position.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat