Cukup Trump Sapu Semua Syarikat China, Adakah Alibaba Pula Selepas Ini?

541

Jika diperhatikan semula isu semasa yang melibatkan China dan Amerika Syarikat (AS), berita terkini tidak pernah kering dengan hentaman AS terhadap beberapa syarikat teknologi besar China bermula dengan Huawei, Tiktok dan terbaru, WeChat.

Tidak mustahil jika Alibaba pula yang akan menjadi sasaran presiden AS, Donald Trump.

Tindakan dramatik oleh pemerintah itu untuk menyaingi kehebatan teknologi Beijing membuktikan desakan pentadbiran Trump terhadap pemain global untuk memihak kepada China atau AS.

Tidak dinafikan Alibaba belum menembusi pasaran Barat seperti TikTok atau Huawei. Tetapi, kedudukan firma itu sebagai juara teknologi tempatan di China berpotensi menjadi asbab utama untuk Washington jadikan target selepas WeChat.

Alibaba juga masih belum menerima ancaman oleh Trump sebagaimana syarikat China lain terima. Bahkan, pada awal tahun ini Trump selesa menggelar pengasas Alibaba, Jack Ma sebagai ‘kawan saya’ setelah bilionair itu menyumbang keperluan untuk menangani pandemik koronavirus.

Berbeza pula desakan daripada Setiausaha Negara AS Mike Pompeo pada minggu lalu yang meminta kesemua firma di negara itu untuk membuang kesemua peranti teknologi China daripada rangkaian digital mereka termasuk Alibaba dan WeChat.

Desakan itu bertujuan untuk menjaga keselamatan maklumat peribadi penduduknya dan harta intelektual perniagaan yang berharga termasuk kajian vaksin COVID-19 daripada diakses oleh sistem yang dikendalikan syarikat China.

Namun jika benar AS menyekat Alibaba, kemungkinan firma tersebut tidak akan terjejas seperti syarikat China lain yang disasarkan Trump. Perniagaan e-dagang dan runcit di yang diusahakan Alibaba di China telah menyumbang 80% daripada pendapatan tahunan, $73.5 bilion.

Manakala bagi pendapatan runcit dan borong antarabangsa pula cuma 7% daripada jumlah keseluruhan syarikat. Ini menunjukkan sekatan perniagaan dalam talian Alibaba di AS akan memberi impak minimum.

Kedudukan Alibaba buat masa ini masih tidak dapat dijamin sepenuhnya. Boleh jadi firma gergasi China itu menerima kesan yang jauh lebih buruk dari yang dijangka jika AS bertindak sama seperti WeChat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat