Emas Beri Petanda ‘King Is Back’, Inflasi AS Jadi Tembok Besar Dalam Pasaran!

787

Emas melonjak lebih tinggi selepas keluaran data inflasi AS pada malam Rabu. Ia melonjak kira-kira satu peratus dan mencapai paras dagangan pada $2,340 berikutan CPI memberi bayangan Fed bakal mengurangkan kadar faedahnya lebih awal.

Pelonggaran dasar yang lebih cepat daripada ramalan bakal memberikan dorongan positif untuk emas melonjak lebih tinggi.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,311 iaitu susut sebanyak 0.58% sejak ia dibuka pada sesi dagangan Asia pagi tadi.

Petunjuk pasaran yang memaparkan kedua-dua tajuk utama dalam Indeks Harga Pengguna (CPI) mereda pada Mei. Data-data ini memberi gambaran untuk Federal Reserve (Fed) mengurangkan kadar faedahnya lebih awal.

Inflasi utama AS mendatar pada asas bulanan dan beri satu gerakan positif kepada 3.3% pada tahunan. Ia lebih rendah 0.1% berbanding 3.4% pada sebelumnya dan mengatasi ramalan pasaran yang menjangkanya kekal.

Data-data itu akan meningkatkan peluang Fed menggerakkan pelonggaran dasarnya pada September dan kebarangkalian penurunan kadar faedahnya menjelang September meningkat hampir 70% berbanding sebelumnya iaitu 53% oleh pasaran.

Melihat terarah pada minit FOMC, walaupun Fed memberi petunjuk untuk belum bersedia mengubah kadar faedahnya, para pelabur menjangkakan perubahan pada laporan Ringkasan Unjuran (SEP) berdasarkan gambaran grafik tentang bagaimana cara ahli Fed melihat kadar faedah pada masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat