EUR/USD Pacak Lebih 200 Pips Capai Semula $1.1000!

230

Mengikuti jejak langkah Federal Reserve (Fed), bank pusat Eropah turut mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat polisi terakhir untuk 2023 ini semalam.

European Central Bank (ECB) mengekalkan kadar faedah di paras 4.50% dan Presiden Christine Lagarde menyatakan bahawa mereka tidak berbincang untuk pemotongan kadar faedah.

Justeru, mata wang Euro berjaya pamerkan pengukuhan di sesi New York semalam namun penganalisis kekal memberi amaran berkenaan pendirian ECB yang dilihat masih kekal ‘dovish’.

Faktor penyusutan US dolar dilihat faktor yang lebih mendorong kenaikan untuk Euro dengan tumpuan pasaran di penghujung minggu akan terarah pula kepada data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan sebentar lagi.

Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, lonjakan harga sejak mesyuarat FOMC sehingga bersambung mesyuarat ECB telah melebihi 200 pips.

Harga yang berjaya melepsai paras 1.08000 telah mencapai ketinggian 1.10000 yang merupakan zon rintangan yang telah dijangka akan diuji.

Reaksi harga di sekitar itu diperhatikan apabila harga mula mendatar di bawahnya sehingga penghujung sesi New York bersambung ke pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Jika rintangan 1.10000 berjaya dibolosi, paras ketinggian terbaru harga akan dicatatkan untuk tempoh dagangan 4 bulan.

Sasaran adalah untuk menuju sekitar 1.10600 sebelum mencapai ketinggian pada 1.11000 jika momentum kenaikan berjaya dikekalkan.

Sebaliknya, jika harga gagal lepasi rintangan 1.10000 seperti situasi di penghujung November lalu, harga boleh kembali jatuh semula untuk menutup dagangan penghujung minggu lebih rendah.

Beberapa paras tumpuan seperti zon 1.09000 atau 1.08000 akan menjadi tumpuan semula untuk penurunan harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat