Hati-Hati, ETH Bakal Tewaskan BTC Pada 2024! – JPMorgan

604

“Seriouslah weh? Mesti pelabur gelisah kan dengar kata-kata JPMorgan ni?”

JPMorgan, firma perkhidmatan kewangan multinasional Amerika Syarikat (AS) yang membentangkan sikap berhati-hati terhadap pasaran mata wang kripto telah berpandangan Ethereum (ETH) bakal mengatasi Bitcoin (BTC) pada tahun 2024 sungguhpun acara halving makin hampir.

Hal ini kerana terdapat kemas kini EIP-4844 ETH atau lebih dikenali sebagai “Proto-dank sharding” yang dijangka dapat meningkatkan lagi kecekapan dan kebolehskalaan rangkaian ETH seterusnya memberi kelebihan dalam pasaran kripto.

Halving yang mengurangkan ganjaran mining BTC baharu mungkin meningkatkan kos pengeluaran kemudian membawa pada penurunan 20% dalam kadar hash, ulas JPMorgan sambil menambah ini boleh menyebabkan kos operasi lebih tinggi untuk miners.

Menurut penganalisis JPMorgan, keyakinan berlebihan terhadap BTC dan aliran masuk modal ke dalam produk spot BTC ETF telah menyebabkan aset digital itu semakin berisiko dalam pasaran kripto yang mampu memberi kekecewaan kepada pelabur pada masa hadapan.

Umum mengetahui bahawa mining mampu mengakibatkan acara halving menggandakan kos pengeluran berdasarkan kadar hash semasa termasuk kesukaran mining BTC.

Peningkatan kos itu digabungkan dengan ramalan penurunan dalam kadar hash yang mungkin memaksa miners untuk mengeluarkan kos operasi berlebihan seterusnya memberi kesan pada seluruh eksoistem BTC.

Namun perlu diketahui bahawa JPMorgan turut meluahkan kebimbangannya terhadap ETH mengenai mekanisme staking centralized, di mana aspek rangkaian ETH itu telah menimbulkan persoalan tentang keselamatan dan decentralized.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat