Fed Powell Beri Isyarat Persediaan Untuk ‘Cut Rates’?

464

Tumpuan pasaran pada sesi New York semalam terarah kepada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell serta Presiden European Central Bank (ECB) Christine Lagarde di acara forum ECB yang membincangkan tentang unjuran dasar monetari bank pusat.

Mengulas berkenaan ekonomi Amerika Syarikat (AS), Powell masih melihat sektor buruh yang kekal kukuh. Jika pasaran buruh menguncup dengan mendadak, Fed bakal bertindak.

Sementara, situasi disinflasi AS menunjukkan tanda-tanda untuk berterusan dan beliau percaya kadar inflasi sedang menuju ke sasaran bank pusat.

Pasaran merumuskan ucapan beliau itu sebagai isyarat dovish untuk persediaan bank pusat beralih kepada pelonggaran dasar.

Namun menurut Powell, Fed perlu lebih yakin sebelum bertindak menurunkan kadar faedah dengan perlu meneliti data-data ekonomi terbaru yang hadir.

Sepertinya, tidak banyak perubahan dari kandungan ucapan yang telah disampaikan Powell pada mesyuarat FOMC yang lalu.

Pada awal pagi Khamis pula, pelabur akan meneliti butiran lanjut pada minit mesyuarat FOMC yang bakal diterbitkan.

Seterusnya, tumpuan akan terarah kepada laporan data pekerjaan NPF AS di penghujung minggu ini yang menjadi indikator penting buat Fed dalam mempengaruhi keputusan dasar monetari mereka.

Sebelum itu, data pekerjaan ADP yang mengukur sektor swasta di AS akan diberikan perhatian terlebih dahulu pada malam ini selepas pasaran telah menilai data JOLTS yang diterbitkan semalam dengan mencatatkan bacaan yang cemerlang, melonjak pada Mei berbanding bulan sebelumnya dan mengatasi ramalan.

Selain data ADP, turut akan menghiasi pasaran sesi New York malam nanti adalah data tuntutan faedah pengangguran AS serta data PMI perkhidmatan AS tinjauan ISM.

Kesemuanya akan terus menjadi penilaian buat Fed dan juga akan turut memberi gambaran terhadap pelabur terhadap corak dagangan pasaran dalam tempoh terdekat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat