Gagal Kekalkan Momentum DeFi, Akhirnya Binance Smart Chain (BSC) Tersungkur

2,104

Situasi kurang baik untuk Binance Smart Chain (BSC) apabila kecundang mengekalkan momentum DeFi mengatasi Ethereum bagi suku kedua 2021.

Dalam laporan Messari, kadar spekulasi yang mendorong menjadi salah satu punca kepada penyusutan aktiviti di protokol DeFi dalam separuh suku kedua.

Sebagai rekod, jumlah yang dicatatkan oleh seluruh pertukaran desentralisasi (DEXs) bagi tempoh April sehingga Jun, menunjukkan lonjakan daripada $221 bilion kepada $405 bilion. Bagaimanapun pada suku penghujung, iaitu Mei, jumlah yang direkod ialah $203.5 bilion sebelum susut kepada $95 bilion.

Binance Smart Chain catatkan prestasi terburuk, malah turut memberi impak kepada aplikasi DeFi berkaitannya: PancakeSwap, pesaing kepada Uniswap yang dibangunkan di Ethereum.

Tidak termasuk dengan beberapa aktiviti godam dan eksploitasi di BSC menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar, ditambah dengan spekulasi yang ‘mati’ menyebabkan rekod PancakeSwap merosot sehingga 69% pada Jun.

Setakat ini, Uniswap masih mendominasi pasaran DEX dengan transformasi kepada Uniswap V3, menjadikan satu-satunya platform yang menyumbang lebih 40% dari keseluruhan jumlah DEX.

Pada masa yang sama, keruntuhan posisi BSC merupakan kemenangan buat Polygon ketika protokol itu memperkenalkan set token baharu, yang mana peluang untuk mewujudkan spekulasi dan ruang untuk pelabur farming.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat