Inikah Pengakhiran USD Minggu Ini?

1,061

Dolar Amerika terus didagangkan berlegar pada sekitar paras terendah lima minggu pada sesi Eropah, manakala yen kembali melemah selepas mesyuarat terbaru Bank of Japan (BOJ).

Indeks dolar yang menjejaki pergerakan greenback berbanding enam mata wang utama, didagangkan sedikit berubah pada sekitar harga 102.20.

US dolar pada awalnya menerima rangsangan selepas Federal Reserve (Fed) menjangkakan sekurang-kurangnya dua lagi kenaikan tahun ini.

Namun, pengukuhan tersebut tidak bertahan lama selepas diperlihat dengan bacaan data ekonomi Amerika Syarikat yang lemah, menimbulkan persoalan tentang sejauh mana Fed boleh menaikkan kadar faedahnya.

Sementara itu, mata wang yen merosot pada paras terlemah tujuh bulan berbanding US dolar selepas BOJ mengulangi pendirian dovishnya untuk kekal dengan kadar faedah yang rendah.

Euro pula mempertahankan momentum pengukuhannya di paras ketinggian lima minggu berbanding greenback di tengah-tengah pendirian Bank Pusat Eropah (ECB) yang terus hawkish.

Bank pusat itu sebelum ini memberi isyarat untuk kenaikan kadar faedah seterusnya pada bulan Julai selepas meningkatkan kadar pada mesyuarat terbarunya.

Di samping itu, pound terus mengukuh pada paras tertinggi lebih satu tahun disokong oleh jangkaan bahawa Bank of England (BOE) akan meningkatkan kadar faedahnya pada minggu depan.

Selain itu, dolar Aussie kekal diniagakan lebih tinggi pada paras terkuat sempat bulan berbanding greenback, manakala dolar New Zealand pula tertinggi tiga minggu.

Dolar Kanada pula didagangkan pada paras paling kukuh sembilan bulan berbanding US dolar.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat