Justin Sun Sekarang Minat Trade Memecoin, Tapi Kena Warning Dengan CZ!

290

“Sejak kebelakangan ni musim memecoin memang popular, lepas ni agaknya musim apa pula.”

Co-founder Tron dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BitTorrent, Justin Sun yang turut merupakan seorang penyokong tegar mata wang kripto mendedahkan akan mula berdagang memecoin seperti PEPE secara aktif.

Sun yang telah memegang dan memindahkan sejumlah aset digital pada masa lalu didapati berhasrat berdagang memecoin dan keuntungan yang diperolehi beliau akan disumbangkan kepada badan amal.

Walau bagaimanapun, Sun mungkin akan membeli aset digital tertentu dan mendapatkan pendedahan kepada projek memecoin tanpa mengira potensinya, namun masih tidak jelas projek yang manakah menjadi perhatian beliau.

Bukan itu sahaja, beliau juga enggan mendedahkan lagi address kripto apa yang akan digunakannya untuk melakukan perdagangan memecoin tersebut.

Selain itu, Sun yang dikatakan ingin mengaut sebanyak mungkin token SUI semasa pelancarannya pada awal bulan Mei telah menyebabkan CEO Binance Changpeng Zhao (CZ) memberi amaran kepada beliau untuk tidak bertindak sedemikian.

CZ berkata pasukannya akan mengambil tindakan sekiranya Sun masih berdegil untuk membeli SUI daripada Binance Launchpool, di mana pengguna boleh staking kripto mereka dan menyediakan kecairan sebelum menerima ganjaran staking.

Sehingga kini, masih tidak jelas bagaimana Sun akan meneruskan perdagangan dan bagaimana komuniti bertindak balas terhadap pembeliannya sejurus selepas beliau memilih projek memecoin yang layak untuk diperdagangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat