Kejayaan Bank HSBC DalamTransaksi Perdagangan Menggunakan Blockchain Bakal Memacu Perbankan Lain?

827

HSBC Holdings PLC baru sahaja mengumumkan pada hari Ahad bahawa syarikat tersebut telah melakukran transaksi kewangan pertama dalam dunia perdagangan dengan menggunakan teknologi blockchain. Ini merupakan langkah besar kearah peningkatan keefisienan dan pengurangan kesilapan dalam dana perdagangan yang benilai trillion dolar.

HSBC dan bank ING telah berjaya melakukan transaksi bagi transaksi makanan dan pertanian.

Kegunaan teknologi blockchain dalam industri perbankan dijangka bakal mengurangkan risko penipuan letter of credit dan mengurangkan kos.

Letter of credit merupakan salah satu alternatif yang sering digunakan bagi mengurangkan risiko antara pengimport dan pengeksport, ia juga membantu menjamin transaksi yang melebihi jumlah $2 trillion dolar. Namun proses tersebut memakan waktu yang panjang iaitu antara 5 hingga 10 hari dan proses yang menyukarkan.

Menurut pengerusi inovasi HSBC, dengan teknologi blockchain, transaksi kewangan akan menjadi lebih muda, cepat, telus dan selamat.

Berdasarkan kenyataan HSBC, jika dapat menukarkan semua kertas kerja untuk perdagangan Asia Pasifik kepada bentuk elektronik, ia mampu untung menyingkatkan masa bagi eksport barangan kepada 44 peratus dan mengurangkan kos kepada 31 peratus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat