Kenali CeDeFi, Era Baharu Sistem Kewangan Selepas DeFi

1,560

Sebelum ini Team Intraday ada menceritakan serba ringkas tentang AllianceBlock (ALBT) dan Unizen (ZCX) dengan kaitannya CeDeFi, sektor terbaharu yang mula mencuri perhatian golongan profesional.

Artikel kali ini secara ringkasnya akan menyelami lebih mendalam tentang CeDeFi.

Latarbelakang CeDeFi

CeDeFi merupakan teknologi terbaru dalam dunia blockchain, juga dikenali sebagai Centralized Decentralized Finance. Ia menggabungkan kewangan tradisional atau berpusat (centralized finance, CeFi) dengan kewangan desentralisasi (decentralized finance, DeFi), menjadikan CeDeFi sebagai sistem hibrid.

Ketika penerapan DeFi diramalkan diterima sepenuhnya bersama perundangan yang jelas pada 2022, CeDeFi pula dijangka akan menjadi trend seterusnya.

Idea ini bermula dengan eksperimen daripada pengasas Binance, Changpeng Zao (CZ) melalui integrasi antara platform berpusat, Binance Smart Chain (BSC) dengan DeFi.

Boleh dikatakan kehadiran CeDeFi adalah untuk memacu pantas sistem teknologi DeFi. Malah, terma ‘CeDeFi’ itu sendiri sebenarnya dicetuskan oleh CZ pada September 2020.

Apa itu CeFi?

Ia berlawanan dengan DeFi, di mana tiada penggunaan kod kontrak pintar di blockchain. Pengguna hanya bergantung kepada perantara berpusat untuk segala operasi yang dijalankan.

Merangkumi beberapa perkhidmatan seperti:

  • Pertukaran asas
  • Peminjaman di bursa seperti Bitfinex
  • Staking di bursa

Ringkasan DeFi

  • Tiada penjualan awal
  • Mengeluarkan token baru yang pelabur terima melalui penggunaan produk
  • Berhubung dengan kontrak pintar, tanpa melibatkan perantara seperti CeFi
  • Pentadbiran dikelolai oleh komuniti melalui pemilikan token
  • Contoh: Yearn Finance (YFI), Uniswap (UNI), Aave (AAVE), Compound (COMP)

Melalui gabungan CeDeFi, fungsi maksimum sistem kewangan berpusat dan desentralisasi dapat dimanfaatkan dan ditawarkan sekaligus.

Kebaikan CeDeFi boleh diperincikan melalui empat perkara (lihat BSC + DeFi sebagai contoh terdekat):

  • Risiko yang rendah
    • Segala projek tersenarai di BSC telah diperinci, diaudit, dan mematuhi undang-undang.
  • Kos transaksi yang murah
    • Nilai yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding kos transaksi di platform DeFi.
    • Dari sinilah pengguna dapat manfaatkan infrastruktur CeDeFi melalui penggunaan protokol DeFi seperti pengagregatan liquidity, keperluan yield farming, dan protokol peminjaman pada kos yang lebih rendah.
  • Lebih sesuai untuk pembangun
    • Pembangun ditawarkan untuk membangunkan dan melancarkan kontrak pintar di Ethereum pada kos mengikut kemahuan mereka. Projek mereka juga boleh diuji pada kos yang lebih rendah.
  • Lebih mudah untuk diakses

Jika sejumlah besar projek sukar diakses kepada pengguna yang tidak berpengetahuan luas tentang DeFi hingga menyebabkan kesukaran di rangkaian, CeDeFi memudahkan pengguna baru melalui pengaksesan yang lebih mudah kepada projek ini dengan manfaat yang ditingkatkan seperti sekuriti, pengawalan, dan ketelusan.

Mungkin pembaca sudah dapat gambaran serba sedikit tentang CeDeFi. Boleh juga baca artikel tentang AllianceBlock (ALBT) dan Unizen (ZCX) untuk kenal dua platform yang menfokuskan kepada CeDeFi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat