Krisis Bank Terbaru Tak Lonjakkan Kripto, BTC Meluncur Bawah $27K!

202

“Adakah sekarang harga BTC akan turun sampai $26K?”

Raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) pada pagi ini malangnya tergelincir di bawah paras $27,000 apabila krisis perbankan terkini di Amerika Syarikat (AS) gagal mencetuskan kenaikan harga terhadap aset digital tersebut seperti situasi sebelum ini.

Bukan itu sahaja, para pelabur yang mula bimbang terhadap kecairan rendah juga telah menjadi salah satu sebab harga BTC melihat kejatuhan ketara, ulas Vineeth Bhuvanagiri, iaitu pengarah urusan Emurgo Fintech.

Tambahnya lagi, harga BTC turut terkesan dan berada dalam pergerakan volatile apabila sejak kebelakangan ini tercetusnya beberapa kejutan makroekonomi utama, antaranya masalah siling hutang di AS yang belum capai kesepakatan.

Walaupun harga saham bank berpangkalan di Los Angeles menyusut 22% pada hari Khamis disebabkan aliran deposit di PacWest Bancorp (PACW), pasaran kripto tetap tidak dapat membuat pergerakan harga yang memberangsangkan.

Hal ini kerana kebimbangan penularan krisis perbankan masih kekal rendah susulan beberapa bank seperti Western Alliance menunjukkan deposit meningkat, kata penganalisis pasaran kanan Oanda bernama Edward Moya.

Selain itu, Greg Cipolaro, ketua penyelidikan global di syarikat pelaburan memfokuskan BTC NYDIG bertindak membandingkan pasaran tenor* dan krisis siling hutang pada tahun 2011 manakala menjangkakan pasaran tidak akan menentu dalam masa terdekat ini.

*Tempoh masa digunakan dalam pelaburan deposit yang biasanya ditawarkan oleh Bank bermula dari satu bulan, tiga bulan, enam bulan, dan dua belas bulan

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.50% pada paras $26,891 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $520 bilion seterusnya mencatatkan penurunan 8.42% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat