Kenapa USD Masih Kuat Walaupun Data AS Lemah?

1,141

Mata wang US dolar terus mengukuh pada sesi Asia, manakala pound pula susut rendah selepas keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE).

Raja mata wang itu yang meraih pengukuhan pada sesi Eropah sebelum ini, dilihat terus melanjutkan kenaikan walaupun telah diperlihatkan oleh beberapa penerbitan data pada sesi New York.

Indeks harga pengeluar Amerika Syarikat turut menyederhana kepada 2.3% daripada 2.7% pada bulan April, dengan kenaikan tahunan terkecil dalam tempoh 2 tahun.

Selain itu, tuntutan faedah pengangguran AS pula melonjak ke paras tertinggi satu setengah tahun pada minggu lepas.

Daripada kedua-dua data ini, ia sepatutnya mendorong kelemahan buat dagangan US dolar tetapi sebaliknya mata wang gergasi itu meningkat.

Beralih ke dagangan pound, keputusan BOE telah menyaksikan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.50%, iaitu tertinggi 15 tahun.

Namun, gabenor BOE Andrew Bailey berkata bahawa kenaikan seterusnya dalam kadar faedah mungkin tidak lagi diteruskan berdasarkan ramalan bank pusat.

Ini menyebabkan mata wang pound merosot rendah dari paras tertinggi satu tahunnya.

Sementara itu, euro tergelincir lebih jauh ke paras harga 1.0900 selepas ditekan oleh dagangan dolar greenback yang lebih kukuh.

Dolar Aussie dan New Zealand diperdagangkan mendatar setelah ditolak jatuh oleh US dolar, dengan pelabur dolar kiwi kini memberi tumpuan kepada data jangkaan inflasi New Zealand pada sesi Asia.

Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat