Selepas Data NFP AS Dikeluarkan, Ini 3 Perkara Perlu Diperhatikan Pasaran Kripto!

518

“Hmm agak-agak pasaran kripto akan terkesan atau tidak?”

Pasaran mata wang kripto perlu memerhatikan beberapa pengambilan utama daripada data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lepas susulan ekonominya mencipta lebih banyak pekerjaan baharu pada Februari 2024 daripada yang diunjurkan.

Menurut angka dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh, terdapat 275,000 pertambahan baharu dalam pasaran buruh, jadi di sini dapat dilihat angka itu melebihi jangkaan pertambahan 200,000 oleh pakar dengan margin yang ketara.

Pada masa sama juga, kadar pengangguran meningkat daripada 3.7% pada Januari 2024 kepada 3.9% dan ini adalah kenaikan pertama dalam empat bulan, oleh itu kedar pengangguran kini berada pada kedudukan tertinggi dalam tempoh dua tahun lepas.

Susulan data yang ditunjukkan telah mengukuhkan pandangan Federal Reserve (Fed), peluang penurunan kadar faedah lebih pantas daripada jangkaan mencetuskan kejutan dalam seluruh pasaran kripto.

Dari segi sejarah, para pelabur yang ingin menilai aset telah meletakkan banyak pergantungan pada keputusan kadar Fed, jadi di sini dapat dilihat pasaran kripto akan mendapat manfaat jika pemotongan kadar faedah berlaku tidak lama lagi.

Dengan pengangguran melebihi jumlah anggaran, data pekerjaan AS menunjukkan lebih ramai orang di AS keluar dari sektor pendapatan formal dan ini membawa makna bahawa kuasa beli ramai orang boleh terjejas.

Perlu diketahui juga Powell termasuk firma bersekutunya telah menyatakan keinginannya untuk keseimbangan lebih besar antara penawaran dan permintaan dalam pasaran buruh.

Rentetan itu, pelabur percaya ekonomi AS telah mencapai tahap stabil di mana pertumbuhan selanjutnya mungkin berlaku tanpa inflasi meningkat semula dan perolehan pekerjaan serta pendapatan yang makin perlahan adalah tanda-tanda itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat