Ringgit Dijangka Kukuh Sepanjang Minggu Pada RM4.68 Berbanding Dolar AS

126

Mata wang ringgit dilihat meneruskan alur pengukuhan sejak minggu lepas dan dijangka akan disokong baik kerana peningkatan jangkaan penurunan kadar faedah oleh AS sepanjang tahun ini.

Tepat jam 9 pagi tadi, ringgit bergerak tidak ketara pada 4.6815 berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.6815 pada Jumaat.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan ringgit akan mendapat rangsangan memandangkan Federal Reserve (Fed) komited untuk melonggarkan dasar monetarinya pada tahun ini selepas data terkini mendedahkan pasaran buruh AS semakin lemah.

Di Amerika Syarikat, data NFP Januari 2024 dan Disember 2023 dilihat alami perubahan mendadak dengan masing-masing catatkan pertambahan sebanyak 124,000 dan 43,000.

Katanya lagi, kadar penyertaan tenaga buruh kekal stabil pada 62.5% selama tiga bulan berturut-turut dan kadar pengangguran meningkat kepada 3.9% daripada 3.7% dalam tiga bulan berturut-turut sebelumnya.

Di peringkat tempatan, pendirian tegas Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap penilaian rendah ringgit baru-baru ini mendorong mereka untuk membantu menaikkan nilai mata wang tersebut, USD/MYR dijangka akan kekal sekitar RM4.67 hingga RM4.68 sepanjang hari ini.

Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 6.0190/0229 daripada 6.0050/0101 pada Jumaat lepas, susut berbanding yen Jepun kepada 3.1897/1919 daripada 3.1821/1850 minggu lepas dan susut nilai berbanding euro kepada 5.12518 daripada 5.12518/12518. sebelum ini.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5178/5203 daripada penutup Jumaat lepas pada 3.5160/5192 dan lebih rendah berbanding baht Thailand pada 13.2208/2342 berbanding 13.2134/2321 minggu lepas.

Ia tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 300.2/300.6, serta berbanding peso Filipina pada 8.42/8.44.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat