‘Strong Bullish’! GBP/USD Belum Ada Petanda Untuk Jatuh

229

Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat berjaya dikekalkan sepanjang minggu lalu.

Malah harga catatkan lonjakan harian yang lebih besar pada penghujung minggu susulan impak data-data penting yang diterbitkan.

Situasi kenaikan harga dipengaruhi oleh penyusutan US dolar selepas reaksi pasaran terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Pelabur menilai laporan untuk Februari adalah suram dengan peningkatan kadar pengangguran dan purata gaji yang lemah, walaupun pertambahan pekerjaan adalah positif.

Justeru, pada Jumaat lalu, harga yang pada mulanya mendatar pada zon 1.28000 menyambung kenaikan lebih tinggi dengan lonjakan harian sekitar 90 pips.

Harga hampir menyentuh paras 1.29000 sebelum berundur semula untuk menutup dagangan di sesi terakhir minggu itu sekitar 1.28500.

Pergerakan harga kekal mendatar selepas dibuka pada paras yang sama di pembukaan awal minggu ini.

Harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut mengisyaratkan untuk trend bullish masih akan diteruskan.

Paras 1.29000 dilihat sebagai rintangan untuk diuji sebelum kenaikan harga diteruskan melepasinya.

Kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan untuk capai paras tumpuan berikutnya yang berada pada 1.30000.

Namun, jika penurunan harga berlaku, zon 1.28000 akan jadi yang terhampir untuk diuji terlebih dahulu.

Jika zon tersebut gagal untuk melantunkan harga, sebaliknya harga terjun lebih rendah ke bawah garisan sokongan MA50, ini akan menjadi isyarat awal untuk perubahan trend.

Sasaran penurunan harga adalah menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.27000 yang menjadi tumpuan pada dagangan beberapa minggu kebelakangan ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat