Syarikat Singapura Bangunkan Perniagaan Mining BTC Di Sarawak!

547

“Wow nampaknya Sarawak akan lebih maju dalam industri ini.”

Demi memanfaatkan kadar elektrik negeri yang agak rendah, SMI Vantage, tersenarai di Bursa Singapura (SGX) sedang berada dalam proses menubuhkan perniagaan mining mata wang kripto Bitcoin (BTC) di Sarawak.

Anak syarikat milik penuh SGX, iaitu SMI CS telah menandatangani perjanjian tawaran untuk disewa bersama Sovereign Systemtechnik (Sarawak) yang dimiliki oleh kerajaan untuk perniagaan mining BTC.

Suka dimaklumkan perbandingan tarif elektrik dalam kegunaan perindustrian untuk Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Singapura jelas menunjukkan mengapa negara itu lebih berminat menubuhkan operasi mining BTC di negeri Malaysia Timur.

Rentetan itu, SMI Vantage berkata bahawa mereka akan memulakan proses memasang yang pertama daripada dua pelantar mining kotenanya, kemudian aktiviti mining BTC dijangka bermula pada suku ketiga 2023.

Menerusi pemerhatian, tarif elektrik Sarawak yang lebih rendah daripada TNB telah menjelaskan sebab SMI Vantage tidak membuka kedai di seberang Tambak di Johor.

Memang tidak dinafikan terdapat beribu pejabat di Singapura, tetapi SMI Vantage telah menceburi dalam pelbagai perniagaan, antaranya adalah pelancongan, peruncitan fesyen, logistik, perkhidmatan pembinaan, makanan dan minuman.

Umum mengetahui bahawa Sovereign Systemtechnik telah dibentuk melalui usaha sama antara Permodalan ASSAR Sdn Bhd milik kerajaan negeri Sarawak dan Sovereign Sengalang Sdn Bhd.

Selain ingin mengambil bahagian dalam industri minyak dan gas Sarawak, matlamat utama Sovereign Systemtechnik adalah untuk memanfaatkan kewangan negeri yang memiliki lebih 70,000 pemegang saham dalam Amanah Saham Sarawak (ASSAR).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat