Mesyuarat BOE VS FOMC – Ke Mana Arah Tuju GBP/USD Minggu Ini?

417

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih dalam trend bearish sehingga ke dagangan sesi terakhir minggu lalu.

Setelah terjunan harga 100 pips pada Khamis lalu mencecah paras 1.24000, harga cuba untuk membuat kenaikan di sesi Asia pada Jumaat, namun terperosok lebih rendah di bawah 1.24000 hingga penghujung sesi New York berakhir.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD kekal hingga pembukaan awal minggu ini dan harga perlahan di bawah paras 1.24000.

Selain mesyuarat FOMC, bank pusat England (BOE) juga akan melangsungkan mesyuaratnya dengan jangkaan kadar faedah dinaikkan ke paras 5.50%.

Sebelum mesyuarat BOE pada Khamis, data inflasi UK akan diteliti dahulu pada Rabu.

Sementara, Federal Reserve (Fed) dijangka akan mengekalkan kadar faedah pada 5.50%. Namun lebih menjadi tumpuan adalah ucapan susulan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell.

Jika harga pada carta GBP/USD masih menyambung corak bearish sebelum ini, penurunan harga dijangka akan dilanjutkan lagi untuk catatkan paras terendah yang terbaru.

Paras tumpuan terhampir dilihat pada 1.23000 bakal diuji harga setelah kali terakhir harga mengujinya pada dagangan Mei lalu.

Namun, pelabur tetap berwaspada sekiranya situasi berubah menyaksikan harga melonjak naik semula minggu ini.

Jika harga membuat kenaikan melepasi halangan MA50, paras 1.25000 akan mula menjadi sasaran untuk dicapai dengan isyarat perubahan trend itu.

Dan sekiranya rintangan 1.25000 juga berjaya ditembusi, kenaikan lebih tinggi akan mendorong harga mencapai pula paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat