• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
KKM Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi Risiko Ebola

20 May 2026
Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

6 November 2026
NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

BTC & XRP Berdepan Tekanan, Momentum Kenaikan Semakin Lemah

BTC & XRP Kembali Merosot, Apa Puncanya?

6 November 2026
Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

Demokrat Rancang  Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

5 November 2026
OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

Korea Selatan Perluas Misi Tentera Laut di Timur Tengah

Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Sunday, 8 November 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

    Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

    Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

    Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

    Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

    Kemenangan Demokrat Di AS Beri Kelebihan Kepada Federal Reserve?

    Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

    Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

    OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

    OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

    Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

    Emas Melonjak Melepasi AS$4,100, USD Tertekan!

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Pekerjaan Swasta AS Meningkat, Namun Satu Perkembangan Tarik Perhatian Pelabur

    Politik Washington Berubah, Adakah Pasaran Global Akan Turut Bergoncang?

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

    NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Dolar Catat Lonjakan, Minyak Masih Bergejolak

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Undi AS Jadi Tumpuan

    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    BTC & XRP Berdepan Tekanan, Momentum Kenaikan Semakin Lemah

    BTC & XRP Kembali Merosot, Apa Puncanya?

    Demokrat Rancang  Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

    Demokrat Rancang Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

    BTC & XRP Kekal Suram, Pasaran Tunggu Pemangkin

    BTC & XRP Pulih, Adakah Tekanan Jualan Mula Reda?

    BTC & XRP Masih Tertekan Selepas Insiden Binance

    Tekanan Kembali Melanda Kripto, BTC & XRP Perhati Paras Sokongan

    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Momentum Esok

    BTC Kembali Stabil Pada $78,000, XRP Terus Tertekan Bawah Paras Utama

    Rompakan Kripto Terbesar! Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Pasaran?

    Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

    BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

    BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Di Sebalik Bedilan Laut Merah: Mengapa Saham Wall Street Masih Kebal?

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Saham Teknologi ‘Berdarah’: Nasdaq Jatuh Lagi, Wall Street Masuk Zon Bahaya!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ini 3 Tips Para Pelabur Saham Boleh Lakukan Jika Perang Dagang Semakin Tegang!

    Baru Sehari Lepas Rekod 7,800: Dow Jones Tiba-Tiba Jatuh 451 Mata, Mengapa?

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Isu Semasa

KKM Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi Risiko Ebola

Team INTRADAY by Team INTRADAY
20 May 2026
in Isu Semasa
0
KKM Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi Risiko Ebola
81
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan pemantauan susulan pengisytiharan penyakit Ebola akibat virus Bundibugyo sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 17 Mei lalu.

KKM memaklumkan bahawa setakat ini tiada kes Ebola dikesan di Malaysia, namun langkah berjaga-jaga terus dipertingkatkan berikutan risiko kemasukan kes import melalui perjalanan antarabangsa susulan penularan wabak di Congo dan Uganda.

Menurut kementerian itu, pemantauan sedang dijalankan terhadap pengembara yang tiba dari Uganda dan Congo, termasuk mereka yang transit di hab penerbangan antarabangsa seperti Dubai, Doha dan Singapura. 

Ketika ini, tiada penerbangan terus dari kedua-dua negara berkenaan ke Malaysia.

KKM berkata pemantauan dan saringan kesihatan di pintu masuk negara terus diperkukuh bagi membolehkan penilaian risiko kesihatan awam dilakukan dengan lebih berkesan serta membendung penularan pada peringkat awal.

Berdasarkan laporan WHO sehingga 16 Mei lalu, sebanyak lapan kes Ebola disahkan melalui ujian makmal manakala 246 kes disyaki direkodkan di Wilayah Ituri, Congo. Selain itu, sebanyak 80 kematian disyaki turut dilaporkan. 

Di Uganda pula, dua kes disahkan termasuk satu kematian melibatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari Congo.

KKM menjelaskan Ebola merupakan penyakit berjangkit serius yang boleh membawa maut dan merebak melalui kontak rapat dengan darah atau cecair badan individu serta haiwan yang dijangkiti.

Antara simptom penyakit itu termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, muntah, cirit-birit dan dalam kes tertentu boleh menyebabkan pendarahan.

Bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara, KKM telah mengambil beberapa langkah termasuk mempertingkatkan survelan di semua pintu masuk antarabangsa, mempercepat pengesanan awal kes serta memastikan fasiliti kesihatan bersedia untuk pengasingan dan pengurusan pesakit disyaki dijangkiti Ebola.

Selain itu, kesiapsiagaan peralatan perlindungan diri (PPE) dan latihan petugas kesihatan turut dipastikan berada pada tahap optimum. 

KKM juga memperluaskan kapasiti diagnostik makmal menerusi kerjasama dengan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK).

Dalam masa sama, KKM terus bekerjasama rapat dengan WHO, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), syarikat penerbangan serta agensi berkaitan bagi memantau perkembangan risiko global.

Orang ramai yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara terlibat dinasihatkan segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala seperti demam, sakit badan, muntah atau pendarahan dalam tempoh 21 hari selepas pulang.

KKM turut mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan mengelakkan penyebaran berita tidak sahih yang boleh mencetuskan kebimbangan awam.

Tags: congokementerian kesihatan malaysiakkmugandavirus ebolaWHO
ShareTweetSend

Related Posts

Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

by Team INTRADAY
6 November 2026
0

Harga emas dunia meneruskan penurunan pada Jumaat apabila kembali diniagakan di bawah paras AS$4,050 seauns susulan pengukuhan dolar Amerika Syarikat...

Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

by Team INTRADAY
6 November 2026
0

Harga minyak mentah dunia kembali meningkat pada Khamis selepas mengalami penurunan mendadak susulan kemenangan Parti Demokrat dalam pilihan raya pertengahan...

Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

by Team INTRADAY
6 November 2026
0

Apa yang berlaku semalam? Dolar melemah berbanding kebanyakan mata wang utama, sementara bon Perbendaharaan AS mengekalkan kenaikan. Minyak AS kembali...

OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

OPR Kekal 2.75%, Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh

by Team INTRADAY
5 November 2026
0

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Faedah Utama (OPR) pada paras 2.75% selepas Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang berlangsung...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

Minyak Kembali Mengganas, Keputusan Trump Jadi Penentu 

6 November 2026
Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

Emas Jatuh Bawah AS$4,050, Pasaran Tunggu NFP 

6 November 2026
Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

Ringkasan Pagi: Pasaran Menunggu Isyarat Data NFP!

6 November 2026
Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

0
Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

0
NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

0
Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

Pasaran Buruh Kanada Semakin Lemah, Bank of Canada Kini Dalam Dilema

6 November 2026
NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

6 November 2026
Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

Kadar Faedah UK Kini 4%, Adakah Bank of England Akan Bertindak Lagi?

6 November 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.