AS Tiada Kuasa Veto Dalam Pasaran Kripto! – Balaji Srinivasan

177

“Jangan risau semua, pasaran kripto takkan senang-senang jatuh macam tu sebab AS.”

Balaji Srinivasan, bekas Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Coinbase sekali lagi memberi pandangannya berhubung pasaran mata wang kripto selepas beliau sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi dengan menjangkakan harga Bitcoin (BTC) bakal cecah $1 juta dalam tempoh 3 bulan.

Menurut beliau, kuasa veto Amerika Syarikat (AS) terhadap teknologi berkemungkinan tidak sama seperti dahulu susulan pasaran kripto akan berkembang lebih pantas setelah pelabur mula melihat peluangnya di negara lain.

Baru-baru ini, bursa kripto Coinbase berhasrat mengembangkan perkhidmatannya di luar AS selepas Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) sehingga kini masih gagal beri penjelasan lanjut mengenai rangka kerja kawal selia.

Oleh demikian, Srinivasan berpandangan rancangan pentadbiran AS untuk mempunyai persekitaran pengawasan diterajui mata wang digital bank pusat (CBDC) tidak akan memiliki kesan sama di peringkat global.

Walaupun pelabur bimbang mengenai rancangan penggubal undang-undang AS yang ingin musnahkan aset digital termasuk BTC, Srinivasan mendedahkan ia tidak akan beri kesan meluas ke atas pasaran kripto susulan Washington DC tidak mempunyai kuasa terhadap teknologi.

Malah, kerajaan AS tetap tidak dapat menjatuhkan pasaran kripto biarpun SEC semakin bertindak drastik dengan mengenakan tindakan undang-undang terhadap Binance dan Coinbase.

Memang tidak dinafikan sejak kebelakangan ini terdapat banyak halangan dan serangan undang-undang, tetapi BTC masih mencatatkan kenaikan 54% jika dibandingkan dengan harga penutup pada tahun 2022 yang berada di bawah $17,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat