Avalanche Bangunkan Token WAGMI, Kenapa ICE Pula Meroket 153%?

237

“Adakah harga WAGMI akan bangkit semula pada masa hadapan?

Pembangun terkenal Avalanche Daniele Sestagalli membangunkan semula projek dipanggil WAGMI iaitu singkatan popular “kami akan berjaya” yang dapat meningkatkan semula harapan para pedagang mata wang kripto.

Susulan kewangan decentralized (DeFi) Popsicle Finance turut diasaskan oleh Sestagalli, pemegang ICE dibenarkan untuk menukar token mereka dengan WAGMI menggunakan tool berasaskan blockchain.

Terdahulu pada Julai 2023, WAGMI pernah mengumumkan bahawa platformnya bukan sahaja akan berjalan pada beberapa blockchain malah menawarkan pelbagai tool dan perkhidmatan kewangan DeFi kepada pengguna.

Menurut Sestagalli dalam tweet baru-baru ini, beliau sungguh yakin WAGMI adalah projek terbaik pernah dilakukannya dan gembira dengan perkembangan itu walaupun pasaran kripto akan tidak menentu.

Semasa pasaran kripto berada dalam momentum bullish pada 2021, projek Avalanche DeFi dipanggil “Frog Notion” diterajui oleh Sestagalli telah menarik ramai pengikut apabila projek itu disiarkan secara langsung tanpa prajualan kepada pemodal teroka.

Sebelum ini, Sestagalli telah berada di belakang projek Avalanche seperti Wonderland iaitu protokol kripto disokong perbendaharaan dan Abracadabra, platform menyediakan cagaran berdasarkan aset hasil didepositkan oleh pelanggan.

Beliau juga telah menjadi salah satu pembangun paling berpengaruh dalam pasaran kripto apabila SPELL, TIME dan MIM, tiga token dikaitkan dengan kedua-dua projek itu mempunyai gabungan modal pasaran lebih $6 bilion.

Pada masa ini, harga ICE menggunung lebih 21.73% pada paras $1.50 daripada $0.66 pada 19 September 2023 dan raih 153.86% sepanjang minggu lepas manakala WAGMI pula mempunyai modal pasaran bernilai $2 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat